Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga &
Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri
baginda... ... ... .
Tidur dalam satu selimut bersama isteri..
Dari Atha` bin Yasar:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa
mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang
berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda
kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab
Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau
begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun
masuk, lalu berselimut bersama beliau." ( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur).
Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya,
baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk
pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah
s.a.w. ( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).
Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w.
menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami
( ke dlm bejana tesebut )." ( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu
Syaibah ).
Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah
s.a.w, ketika itu saya sedang haid". ( Hadis Riwayat Ahmad ).
Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w
pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan
jumrah aqabah." ( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ).
Minum bergantian pada tempat yang sama
Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya
di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya
mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda
mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya
letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." ( Hadis Riwayat
Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).
Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti
mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda
menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersam sehingga Baginda singgah
ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di
tempatnya." ( Hadis Riwayat Ahmad ).
Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah
mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak
mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ). Dari Hafshah, puteri
Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya
sekalipun sedang berpuasa." ( Hadis Riwayat Ahmad ).
Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya
di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian
beliau membaca Al-Quran." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di
sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata,
"Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan
Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku &
lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan." ( Hadis Riwayat Ibnu
Sunni ).
Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w
di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di
atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah &
baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di
tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah
ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena
titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian
baginda pun sembahyang di atas tikar itu.." ( Hadis Riwayat Nasai ).
Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w
menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesungguhnya aku
pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda &
beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi
telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika
hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya
kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi
seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan
kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu
botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut
Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )
Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda
masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan
keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau
menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan... ... .apabila seseorang di
antara kamu melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya
krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu." ( Hadis
Riwayat Tirmizi ).
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda,
memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan
sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan
rasa cinta, kasih & sayang antara suami & isteri. Inilah
teladan yg perlu di contohi... ... ..
Selasa, 13 April 2010
Bermesraan Bersama Istri
Langganan:
Posting Komentar (Atom)


0 komentar:
Posting Komentar